Isnin, 14 Februari 2011

ASAL USUL HARI VALENTINE!!

Tahukah kita apa sebenarnya Valentines Day ini? Dan kenapa ia disambut pada 14 Februari?

Hari Valentine diraikan sempena memperingati PEDRO SAINT VALENTINE, seorang paderi kristian yang berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol yang telah menumpaskan Kerajaan Islam Cordova dan sangat aktif menyebarkan agama kristian pada zaman pemerintahan Kerajaan Rom.

Setelah Raja Rom yang mengamalkan agama kuno romawi mengetahui kegiatan Valentine menyebarkan agama kristian, maka beliau memerintahkan Valentine ditangkap dan diseksa di dalam penjara. Namun sepanjang berada di dalam penjara, Valentine tetap menyebarkan agama kristian kepada banduan-banduan dan secara sulit bercinta dengan anak seorang pegawai penjara. Kesalahan ini menyebabkan beliau dihukum bunuh pada 14 Februari 269M, tetapi sebelum menjalani hukuman beliau sempat menulis surat cinta dengan menurunkan tanda tangan "From your Valentine".

Sejak peristiwa itu orang kristian mengambil sempena 14 Februari pada setiap tahun untuk meraikan hari kasih sayang bagi memperingati hari kematian St. Valentine, paderi kesayangan mereka yang sanggup mengorbankan nyawa kerana kepercayaan terhadap agama kristian.

Apakah patut kita umat Islam memeriahkan tarikh ini? Tidak sama sekali!!!

Tiada ulasan: