Isnin, 14 Februari 2011

Kempen Anti Hari Valentine , Syabas Jamil Khir !

Syabas kepada Jamil Khir yang mengorak langkah menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melancarkan Kempen Awasi Jerat Hari Valentine untuk mengajak umat Islam terutamanya golongan remaja supaya tidak meraikan sambutan hari kekasih itu Isnin ini.

Pembangkang seperti AMK PKR bukan main lagi menuduh UMNO -BN hipokrit dalam isu hari Valentine ini . Sekarang terbukti kerajaan BN menerusi Majlis Fatwa bukan sahaja mengharamkan malah akan buat kempen kesedaran kepada remaja2 Islam.

Program ini diadakan untuk menyebarkan dakwah dengan meluas mengenai sambutan itu yang bertentangan dengan ajaran Islam.Kempen ini juga akan digerakkan bersama stesen televisyen melalui pengisian program yang bersesuaian supaya dapat memberi pemahaman yang lebih jelas kepada umat Islam .Puteri UMNO melihat kaedah kempen menyedarkan remaja2 Islam mengenai hari valentine ini adalah salah satu cara berdakwah yg baik.

Syabas JAKIM & Jamil Khir !

Tiada ulasan: