Isnin, 7 Mac 2011

Tan Sri Harussani Bela Tok Guru Nik Aziz-komen org2 PAS?

Tan Sri Harussani seorang ulama yang ikhlas. Beliau tegas dalam pandangannya tanpa perlu takut dengan sesiapa. Maka tindakan memuji atau membela atau mengkritik adalah ucapan ikhlas beliau yang perlu diterima dengan lapang dada oleh 'mangsanya'...

Kerana terlalu 'ikhlas' maka ada juga pihak tidak suka dengan beliau. Lalu ada blogger dan ahli PAS menggelar Tan Sri Harussani dengan nama HARAMSANI !!

Tindakan Tan Sri Harussani membela Nik Aziz adalah hak beliau walaupun kita semua tidak suka. Jangan kerana benci kita tidak boleh terima perbuatan mulia seorang Mufti.Penyokong2 PAS harus sedar bahawa Mufti bukan ahli politik. Mufti-lah yang boleh dipercayai kerana jujur dalam memberi pandangan tanpa takut kepada Sultan atau Kerajaan.

Mari kita hormati ulama yang sebenar seperti Tan Sri Harussani dan jangan terkeliru adakah Nik Aziz ulama atau 'ular dalam semak' kerana Ulama selamanya pewaris Nabi dan pembawa ummah ke arah perpaduan dan kebenaran... fikir fikirlah !!!

Tiada ulasan: