Sabtu, 12 November 2011

PAS for ALL????

Dulu JOM HEBOH itu haram bagi Kerajaan Serambi Mekah ini tapi sejak dua menenjak ini Pak Jis kita seolah-olah menutup mata opppss...bukan mati tetapi menutup mata dan telinga demi memberikan hiburan kepada rakyat kelate...Agaknya DAPig dah berjaya mentarbiahkan Pak Jis.. Ini terbukti apabila konsert JOM Heboh itu tiada pengasingan antara lelaki & perempuan bukan Muhhrim....

Hebatnya dan stylo Pak Jis kita sekarang...Dulu best dan rileksnya dia berkata-kata mengatakan UMNO itu dan ini...tapi sekarang ayat-ayat yang dikeluarkan olehnya itu memakan dirinya sendiri..
Nasihat puteri lain kali nak cakap orang lebih baik mehasabah diri...

Dulu lain Sekarang Lain...

Dulu
Apakah perkara ini di biarkan sahaja...Anak muda negeri Serambi Mekah berhibur hingga melupakan batasan-batasan seorang Islam...berhimpit-himpit, lelaki dan perempuan bukan muhrim...Dimanakah perjuangan ISLAM oleh pemimpin-pemimpin PAShit ini...Nampaknya Perjuangan ISLAM pemimpin PAS inihanyalah omongan kosong sahaja....

Wow Hebat Pemerintahan Tok Guru!!!!



Lahirnya artis tersohor ini daripada negeri serambi Mekah.... Hebatnya!!!! Kita layan dan cuci mata je la....

Selasa, 1 November 2011

JOM MASUK PUTERI UMNO!

DAFTAR AHLI PUTERI UMNO MELALUI SMS


Puteri UMNO Bahagian Kubang Kerian tidak pernah jemu berusaha untuk menambahkan ahli dengan berbagai-bagai cara. Terbaru,kami melancarkan pendaftaran ahli melalui sms untuk memberi kemudahan kepada golongan wanita yang berumur 18-35 tahun agar mereka tertarik untuk melibatkan diri.

Golongan muda adalah aset negara. Marilah kita sama-sama mendaftarkan diri, menyumbang masa dan tenaga dalam parti UMNO yang telah terbukti kesungguhannya membangunkan negara dan bangsa.

Cuma taip UMNO PU3KKERIAN NAMA DAN NO KP,HANTARKAN KE 32886. Anda akan dihubungi segera untuk melengkapkan proses pendaftaran.

Rabu, 9 Mac 2011

HIMPUNAN KATA-KATA MENGARUT NIK AZIZ


1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

2. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.

3. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.

4. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

5. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.

6. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.

7. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

8. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.

9. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?" - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.

10. "Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 19 November 1992.

11. "PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.

12. "Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.

13. "Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini, kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 17 April 1995.

14. "Tiada sesiapa di muka bumi ini yang tahu menjaga dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta benda, melainkan ulama." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

15. "Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999.

16. "PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

17. "Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001.

18. "Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihanraya yang ke-10 itu." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah 1-15 Ogos 2001.

19. "Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang" - Nik Aziz Nik Mat, Ucapan di Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-31, Petaling Jaya, 24 Mei 2004.

20. "Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir."- Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001.

21. “Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994.

22. “Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)”. –Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.

23. “Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga.” – Nik Aziz Nik Mat, 16 Mac 1999 di Kota Baharu.

24. “Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak nampak simbol lain kecuali simbol PAS. “ – Doa Nik Aziz Nik Mat pada 27 Mei 1999 diaminkan oleh kira-kira 3000 penyokong beliau dalam satu majlis makan malam dan ceramah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal.

25. “UMNO tetap parti sekular kerana asas perlembagaanya tidak merujuk al-Quran dan Hadis.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 22 Februari 1999.

26. ‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’ – Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.

27. “Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 12 Mei 1999

28. "Percaya-ae (kepercayaan) manusiyo (manusia) kepada kiamat menyebabkan seganah-ganah (seganas-ganas) manusia akan tok (tak) jadi ganah. Kerana dia yakin walau bagaimana ganahnya aku dan bagaimana pangkat... tingginya pangkat aku, tapi apalah nasib aku apabila aku berdepae (berdepan) dengan padang mahsyar. Di padang mahsyar kelak ada lagi yang lebih gagah daripada aku namanya Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih jabaruut, lebih samseng daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih angkuh daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Dan nama Allah Subhanahuwataala satu daripada namanya al-Mutakabbir, al-Jabbarul Mutakabbir. ( Al-Jabbar maknanya gagah kuasa ataupun kita panggil samseng. Al-Mutakabbir sombong, angkuh.) Akulah oghaenya (orangnya) sombong, tok denga (dengar) kato (kata) orang lain. Itu satu daripada sifat Allah Taala. Samseng pun dok (ada) di aku, hanelan (handalan) pun dok di aku, somong (sombong) pun di aku. Kalu (kalau) samseng, aku lebih samseng. Kalu mu jahat, aku lebih jahat, kalu mu somong (sombong) aku lebih somong. Percayaan kito manusiyo kepada akidah nilah, akidah akhirat kito panggil menyebabkan orang Melayu yang sokong Pas ni tidak jahat...'' – Rakaman Ucapan Nik Aziz Nik Mat berhubung isu Allah Samseng, Utusan Malaysia, 31 Julai 2002.

29. “Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” – Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

30. "DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 12 Ogos 2009.

Isnin, 7 Mac 2011

Tan Sri Harussani Bela Tok Guru Nik Aziz-komen org2 PAS?

Tan Sri Harussani seorang ulama yang ikhlas. Beliau tegas dalam pandangannya tanpa perlu takut dengan sesiapa. Maka tindakan memuji atau membela atau mengkritik adalah ucapan ikhlas beliau yang perlu diterima dengan lapang dada oleh 'mangsanya'...

Kerana terlalu 'ikhlas' maka ada juga pihak tidak suka dengan beliau. Lalu ada blogger dan ahli PAS menggelar Tan Sri Harussani dengan nama HARAMSANI !!

Tindakan Tan Sri Harussani membela Nik Aziz adalah hak beliau walaupun kita semua tidak suka. Jangan kerana benci kita tidak boleh terima perbuatan mulia seorang Mufti.Penyokong2 PAS harus sedar bahawa Mufti bukan ahli politik. Mufti-lah yang boleh dipercayai kerana jujur dalam memberi pandangan tanpa takut kepada Sultan atau Kerajaan.

Mari kita hormati ulama yang sebenar seperti Tan Sri Harussani dan jangan terkeliru adakah Nik Aziz ulama atau 'ular dalam semak' kerana Ulama selamanya pewaris Nabi dan pembawa ummah ke arah perpaduan dan kebenaran... fikir fikirlah !!!

Jumaat, 25 Februari 2011

2011_02_20 Umi Hafilda dedahkan kegiatan seks Anwar

SEDARLAH SEBELUM TERLAMBAT!!

Amat2 musykil dengan banyak pandangan mengenai Islam :
1. Bagaimanakah Islam aku jika aku tidak sokong/tidak undi PAS?
2. Adakah aku ahli neraka kalau tak sokong/tak undi PAS?
3. Adakah segala kewajipan RUKUN aku tidak dikira kalau tidak menyokong/tidak mengundi PAS?
4. Adakah yang berilmu agama dan ulama itu berhak menjamin syurga?
5. Sebesar mana dosa aku kalau fitnah sesama sahabat Islam aku?
6. Tinggikah akhlak dan tauhid Islam aku kalau aku berilmu agama tapi tidak melaksanakan kewajipan RUKUN Allah s.w.t.?
7. Apakah dosa aku kalau menggunakan Al Quran dan Hadith untuk mengabui mata dan hati rakyat bagi tujuan politik dan memesongkan sahabat Islam?

Sama2lah kita berbincang untuk memberi pengajaran serta mencari keberkatan Allah s.w.t....

Khamis, 24 Februari 2011

DAP Pulau Pinang didesak kotakan janji

Minda Hijrah: DAP Pulau Pinang didesak kotakan janji: "BUKIT MERTAJAM 23 Feb. - Badan Perhubungan UMNO negeri mendesak kerajaan DAP Pulau Pinang supaya segera mengotakan janji untuk menyediakan..."
Sumber: Minda Hijrah

Ahad, 20 Februari 2011

DULU LAIN SEKARANG LAIN......

Dulu PAS kata haram bergabung dgn kafir, tapi skrg dah HALAL bergabung dengan DAP. Dulu PAS kata suara wanita adalah aurat, tapi skrg suara wanita x lagi aurat dan boleh masuk program tilawah Al Quran. Dulu PAS kata mereka tidak perjuangkan melayu dan skrg PAS kata mereka juga perjuangkan melayu kerana melayu adalah kaum dominan di Malaysia..Dulu PAS pernah kafirkan org UMNO dan skrg Nik Aziz kata buktikan bila masa dia kafirkan UMNO..inilah PAS, berlidah biawak!!! biawak berserban putih!!!

Jumaat, 18 Februari 2011

SANDIWARA PENJAWAT AWAM......

Dalam Malaysia ni...mmg ramai penjawat awam (kakitangan kerajaan) yg menentang kerajaan,itu mmg la hak masing2 TETAPI yg ironinya kebanyakan dpd mereka2 ini menggunakan kemudahan di pejabat utk menghentam kerajaan dan sistem pemerintahan yg kononnya korupsi!

Dulu masa minta kerja, kata sokong kerajaan.Dah dapat kerja, mula la tunjuk belang.Bila ke pejabat, ada agenda tersendiri. Maklumat rahsia di jabatan2 kerajaan boleh diperolehi dgn mudah oleh pihak pembangkang. Bila ada PRK d mana2 DUN atau Parlimen...mereka ini yg jd tali barut dlm melaksanakan misi menumbangkan kerajaan BN.

Apa nak jadi ni? Kami harap Kerajaan Pusat lebih prihatin dgn penjawat awam yg jadi duri dlm daging! Lebih2 lagi di Kelantan ni yg memerlukan kekuatan dari semua aspek demi menawan semula Kota Darulnaim. Jgn terlampau bagi muka, nanti diorg pijak atas kepala!!

ULAMA ATAU ULARMAK???

Islam tidak akan sempurna tanpa iman. Al-Quran sering menyebut wahai orang-orang yang beriman tetapi Al-Quran tidak menyebut wahai orang-orang Islam. Ini kerana seorang yang mengerjakan rukun Islam sahaja belum layak dipanggil orang yang beriman jika hatinya tidak beriman dengan yakin kepada Allah s.w.t.<<>>TGNA...

PAS mendakwa ianya memperjuangkan Islam, justeru itu menentang PAS adalah menentang Islam. Di dalam ceramah-ceramah PAS sering disamakan perjuangan PAS dengan perjuangan Nabi-nabi, khasnya Nabi Muhammad s.a.w. UMNO dilabelkan sebagai penentang Islam, penentang Nabi-nabi, kerana UMNO menentang PAS.

Hanya Allah s.w.t. yg layak menilai keimanan seseorang ..

TGNA CAKAP TAK SERUPA BIKIN!!

Orang yang beriman tak boleh kata Allah samseng, tak boleh kata Allah mencarut, tak boleh kata hendak bekerjasama dengan Syaitan, tak boleh kata Nabi Muhammad s.a.w. macam mamat2 lain di kampung, tak boleh kata padan muka kena rogol sebab tak pakai tudung, tak boleh kata perempuan telanjang dalam rumah sendiri tak apa sedangkan pada masa itu dalam rumah itu ada lelaki bkn muhrim!!

Seorang ulama tak boleh memecahbelahkan umat Islam, tak boleh sukahati keluar fatwa yg mengelirukan, tak boleh halalkan benda haram semata2 sebab politik,tak
boleh amik alih kuasa Allah s.w.t. utk mengampunkan dosa-dosa para pengikutnya, apalagi utk mengkafirkan org Islam lain semata2 sebab tak sehaluan dgn anutan politik beliau??

TGNA PERLU KEMBALI KE PANGKAL JALAN!!
Sabarkah anda bila DAP hina Islam di Pulau Pinang?

Baru-baru ini kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara kita telah digugat oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang dengan memperkenalkan satu port folio baru di negeri jajahan kafir harbi itu. Mengambil kesempatan di atas Minggu Keharmonian Antara Agama Sedunia, DAP kononnya menyokong resolusi Putera Ghazi dari Jordan di PBB tahun lepas.

Port Folio itu menurut Guan Eng, adalah mewakili Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk bertanggungjawab terhadap perkara-perkara hal ehwal 5 agama selain Islam iaitu Kristian, Buddha, Hindu, Sikh dan Tao. Kononnya, dengan tertubuhnya port folio ini maka akan wujudlah keharmonian dan kesefahaman antara agama di negara kita.

Itu kata Guan Eng yang mewakili DAP. Ingin diingatkan bahawa DAP ini menyeru kepada slogan “Malaysian Malaysia” yang membawa maksud kesamarataan hak di kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira sama ada kepada bangsa bumiputera atau bukan bumiputera.

Justeru itu, sememangnya DAP tidak mempertikaikan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara ini. Namun, dengan menubuhkan satu port folio khas untuk agama lain selain Islam, yang berfungsi bagaikan Jabatan Agama Islam atau Kementerian Di Jabatan Perdana Menteri yang dipegang oleh Dato’ Seri Jamil Khir Baharom, seolah-olah meletakkan agama-agama lain ini SAMA TARAFNYA DENGAN AGAMA ISLAM!

Oleh itu, dengan tertubuhnya port folio itu, maka DAP dan Guan Eng telah berjaya menyamatarafkan agama-agama lain dengan agama Islam di negeri Pulau Pinang. Jadi, di mana istimewanya agama Isla di Pulau Pinang? Nampaknya, Guan Eng telah berjaya merealisasikan agenda “Malaysian Malaysia” di Pulau Pinang tanpa disedari oleh puak-puak PAS dan PKR yang mengaku Islam di Pulau Pinang!

Apa perlunya port folio itu di Pulau Pinang? Apa perlunya port folio itu di mana-mana negeri di Malaysia ini? Selama ini tiada pun port folio sebegitu ditubuhkan oleh mana-mana pihak, namun hubungan keharmonian dan kesefahaman di antara agama tetap elok dan tiada cacat celanya.

Semua maklum bahawa kebebasan beragama di negara ini dipraktikkan dengan cukup berhemah dan bertolak ansur di mana agama Islam dihormati dan diiktiraf sebagai agama rasmi negara dan dihiasi dengan pelbagai keistimewaan yang sewajarnya. Namun begitu, amalan dan perlaksanaan agama lain turut dihormati dan diberikan kebebasan untuk mengamalkannya tanpa sebarang sekatan seperti di negara lain.

Lihatlah bagaimana rumah-rumah ibadat agama lain turut dibina dan bilangannya semakin bertambah mengikut keperluan semasa. Gereja, kuil Buddha, kuil Hindu, dan rumah ibadat agama Sikh dan Tao turut diberi perhatian oleh pihak kerajaan, malah Kerajaan juga turut menyumbangkan peruntukan untuk rumah-rumah ibadat itu. Biarpun tanpa port folio yang Guan Eng tubuhkan itu, hubungan antara agama tetap terpelihara dan harmoni.

Bukanlah penulis dengki khianatkan kepada agama Kristian, Buddha, Hindu, Sikh mahupun Tao. Namun, penubuhan port folio ini tidak adil. Tidak adil yang membawa maksud tidak kena pada tempatnya. Kedudukan dan layanan istimewa yang diberikan kepada agama Islam adalah lambang hak dan keistimewaan yang telah diwartakan kepada agama tersebut. Dan sekiranya ada agama lain yang mendapat layanan setaraf dengan layanan yang di terima oleh agama Islam di Malaysia maka ianya adalah dikira melampau dan bertentangan dengan sifat “istimewa” yang ada pada agama Islam tersebut. Harap faham dan maklum.

Oleh itu, dengan tertubuhnya port folio baru untuk hal ehwal agama bukan Islam di Pulau Pinang ini, maka jelaslah bahawa Guan Eng, DAP dan angkatan Pakatan Haram Pulau Pinang menghina kedudukan dan keistimewaan agama Islam sebagai agama rasmi di negara ini.

Persoalannya, apakah kita sebagai muslimin dan muslimat harus berpeluk tubuh dan biarkan saja perkara ini berlaku? Nak harapkan pada PAS??? Tepuk dada tanya selera…

Sumber: myKMU.net

Isnin, 14 Februari 2011

ASAL USUL HARI VALENTINE!!

Tahukah kita apa sebenarnya Valentines Day ini? Dan kenapa ia disambut pada 14 Februari?

Hari Valentine diraikan sempena memperingati PEDRO SAINT VALENTINE, seorang paderi kristian yang berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol yang telah menumpaskan Kerajaan Islam Cordova dan sangat aktif menyebarkan agama kristian pada zaman pemerintahan Kerajaan Rom.

Setelah Raja Rom yang mengamalkan agama kuno romawi mengetahui kegiatan Valentine menyebarkan agama kristian, maka beliau memerintahkan Valentine ditangkap dan diseksa di dalam penjara. Namun sepanjang berada di dalam penjara, Valentine tetap menyebarkan agama kristian kepada banduan-banduan dan secara sulit bercinta dengan anak seorang pegawai penjara. Kesalahan ini menyebabkan beliau dihukum bunuh pada 14 Februari 269M, tetapi sebelum menjalani hukuman beliau sempat menulis surat cinta dengan menurunkan tanda tangan "From your Valentine".

Sejak peristiwa itu orang kristian mengambil sempena 14 Februari pada setiap tahun untuk meraikan hari kasih sayang bagi memperingati hari kematian St. Valentine, paderi kesayangan mereka yang sanggup mengorbankan nyawa kerana kepercayaan terhadap agama kristian.

Apakah patut kita umat Islam memeriahkan tarikh ini? Tidak sama sekali!!!

Kempen Anti Hari Valentine , Syabas Jamil Khir !

Syabas kepada Jamil Khir yang mengorak langkah menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melancarkan Kempen Awasi Jerat Hari Valentine untuk mengajak umat Islam terutamanya golongan remaja supaya tidak meraikan sambutan hari kekasih itu Isnin ini.

Pembangkang seperti AMK PKR bukan main lagi menuduh UMNO -BN hipokrit dalam isu hari Valentine ini . Sekarang terbukti kerajaan BN menerusi Majlis Fatwa bukan sahaja mengharamkan malah akan buat kempen kesedaran kepada remaja2 Islam.

Program ini diadakan untuk menyebarkan dakwah dengan meluas mengenai sambutan itu yang bertentangan dengan ajaran Islam.Kempen ini juga akan digerakkan bersama stesen televisyen melalui pengisian program yang bersesuaian supaya dapat memberi pemahaman yang lebih jelas kepada umat Islam .Puteri UMNO melihat kaedah kempen menyedarkan remaja2 Islam mengenai hari valentine ini adalah salah satu cara berdakwah yg baik.

Syabas JAKIM & Jamil Khir !

Rabu, 9 Februari 2011

'Wrong - Tony Pua's analysis of warship costs' - Dzirhan Mahadzir

DAP's Petaling Jaya Utara parliamentarian Tony Pua was making unreasonable comparisons when he claimed that the Defence Ministry is going to pay up to 8.7 times more for the warships it is proposing of buying, said a defence analyst.

According to Dzirhan Mahadzir, correspondent for noted defence magazine Jane's Defence Weekly, this is because the specifications of the vessels mentioned by Pua vary.

“Some warships he compared are less in tonnage and size than the (vessels proposed for purchase)…so it is like comparing a Mini Cooper to a four-wheel drive in price,” he said in a lengthy commentary on his Facebook page.

It is also very difficult to make comparisons by dividing price by tonnage as even similar sized ships can come in very different specifications, he said.

“Even if (the ships) are similar in size, the type of equipment they mount such as weapons, electronics, engines ... and their design, along with construction material ... make substantial differences in price.”

Dzirhan, who is also published in academic journals and had lectured at the Royal Military College, said that the time the ships were ordered also plays a significant role in determining price.

For example, he pointed out, the contract for the Israel Saar V (right) offshore patrol vessel (OPV) mentioned by Pua in his press statement yesterday was made in the early 1980s.

Nevertheless, the ship which cost US$260 million (RM791 million) is about RM200 million cheaper than the RM1 billion budgeted by the Defence Ministry for each OPV, and which has similar specifications.
Both have anti-air and anti-ship missiles, anti-submarine weapons and a helicopter hangar and helipad.

“Finally, a contract for a ship is not just for the ship but also for maintenance, support, training and delivery,” he said, noting that negotiations could bring down the cost of these aspects.

The analyst also said Pua's comparison to the US Littoral Combat Ship (LCS) is also wrong because the function is completely different to that of the OPV.
While the vessel was budgeted to be built at a price of US$300 million (RM913 million), the final cost was US$637 million (RM1.93 billion) and US$704 million (RM2.14 billion) for each of the two different designs purchased, he said.
'Common practice'

On Pua's contention that the Defence Minister Ahmad Zahid Hamidi is announcing the budget of RM6 billion for six warships before the price has been finalised, Dzirhan said this is a common practice.

“The problem is Pua (left) confuses a letter of intent…and OPV announcement as an actual contract. A potential value is announced by the government in a letter of intent for various reasons.

“However, it often is not the actual value when the contract occurs, particularly in regard to complex arms purchases.”

Previously, one of the most common complaints of defence companies was that Malaysian government often would not provide indications of how much a potential deal is worth, said Dzirhan.

“(This) made it hard for companies to justify their efforts to shareholders and investors and also obtain financial backing,” he added.

sumber : Minda-Hijrah

PAS TOLAK HUDUD!!!!

BUKTI SAHIH PAS TOLAK HUDUD !
Kronologi Proses Permohonan Kelantan Untuk Laksanakan Hukum Hudud (sejak tahun 1993) Kronologi:
1. Selesai tiga tahun mengambil alih pemerintahan Kelantan iaitu pada tahun 1993, Menteri Besar Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi ...tahu kepada rakyat bahawa kerajaannya akan menunaikan janji manifestonya iaitu melaksanakan hukum hudud di Kelantan.
2.Rang Undang-Undang Jenayah Syariah ll Kelantan itu kemudian dibahaskan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri selama beberapa hari dan mendapat persetujuan lebih 1/3 ahli Dewan Rakyat.
3. Rang undang-undang itu kemudian dibawa menghadap Sultan Kelantan untuk diperkenankan dan ditandatangani. Dengan sedikit penerangan dan ceramah mengenai hukum hakam Islam iaitu hudud terkandung sebanyak 0.001 peratus dari keseluruhan syariah, iaitu bersetujulah Baginda Sultan Ismail Petra dan terus menurunkan tandatangan. Selama setahun hukum hudud PAS diluluskan, iaitu dari tahun 1993 sehingga akhir tahun 1994 , Nik Aziz Nik Mat dan wakil-wakil rakyat PAS Kelantan membuat ceramah keseluruh negeri untuk menyatakan bahawa hukum hudud PAS akan di laksanakan
4. Bagaimanapun, katanya Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju dan dengan itu, keseluruhan fatwa Nik Aziz menuduh orang UMNO kafir kerana menolak hukum Allah.
5. Bagi Tun Dr Mahathir, jika PAS hendak melaksanakan hukum hudud, laksanakanlah di Kelantan iaitu negeri pimpinannya bukan diseluruh semenanjung Malaysia sebab negeri lain masih diperintah oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang terdiri daripada kaum Cina, India, Iban, Kadazan dan sebagainya.
6. "Dia nak buat hudud, buatlah di Kelantan. Kenapa perlu laksanakan sehingga ke negeri lain. Saya sendiri nak tengok bagaimana Nik Aziz potong tangan pencuri, sebat penzina dan merejam perogol!'' kata Tun Dr Mahathir pada tahun 1994.
7. Nik Aziz terdiam dan mersakan PAS Kelantan mula terjerat dengan tindak tanduk sendiri untuk melaksanakan hukum hudud. Dr Mahathir sudah memberikan lampu hujau, malah bersedia mengambil hudud PAS untuk dilaksanakan di Malaysia jika ia berjaya membenteras kegiatan jenayah dan menepati 100 syariah Allah.
8. Selepas berbincang sesama mereka, Nik Aziz mengeluarkan kenyataan, Kelantan akan tetap melaksankan hudud kerana sudah mendapat perkenan Sultan Kelantan selaku Ketua Agama di Kelantan. 9. Tun Dr Mahathir kata okey...teruskan kita nak tengok..
10. Kemudian pada 31 Januari 1995, berlakulah peritiswa menggemparkan di Kelantan iaitu Ahli Parlimen Nilam Puri (sekarang Parlimen Peringat) Mohamad Sabu di tangkap berkhalwat dengan saorang suri rumah yang juga saorang isteri kawan baiknya di bilik 121, Hotel Perdana Kota Bahru.
11. Ketika serbuan dibuat oleh tujuh orang Penyelia Agama ke bilik itu, Mohamad Sabu hanya memakai kain tuala berwarna HIJAU (Hak Milik Kerajaan) dan pasangannya, Norma hanya tidak bertudung kepala.
12. Kedua-duanya sedang berada diatas katil, Mohamad Sabu menyandar dikepala katil, ditangan Norma ada sebotol kecil ubat seperti makjun, bagaimanapun, Norma kata ubat itu ubat buasir.
13. Mengikut hudud PAS Kelantan, jika ditangkap kerana melakukan khalwat, pasangan itu boleh disebat sebanyak 80 kali sebatan. Ia sudah termaktub dan tiada maaf bagi mu.
14. Sejak 31 Januari 1995 sehingga pertengahan tahun 1999, PAS lansung tidak menyebut perkataan hudud. Mereka takut ditempelak oleh rakyat dan UMNO yang sebelum ini pernah mendesak Nik Aziz menjatukan hukuman hudud keatas Mohamad Sabu dan Norma.
15. Selepas empat tahun berlalu, beranggapan bahawa rakyat sudah lupa dengan kes khalwat Mohamad Sabu, maka PAS membangkitkan semula hukum hudud untuk memancing undi kerana tidak lama lagi ada piliharaya (November 1999)
16. Rupa-rupanya, UMNO dan rakyat Kelantan tidak pernah lupa walau pun empat tahun berlaku. Sebaik saja PAS menyebut perkataan hudud, maka rakyat bertanyakan Nik Aziz kenapa hudud tidak dilaksanakan ketika Mohamad Sabu ditangkap khalwat. Maknanya, Nik Aziz telah mempermainkan Agama Islam. Apabila penjenayah adalah dikalangan pemimpin PAS Nik Aziz tidak mahu melaksanakan hudud...?

Selasa, 8 Februari 2011

AMARAN siren dah berbunyi...kita dalam bahaya



Wahai anak bangsa ku..bangkitlah...bangkitlah..jangan kita gadaikan tanah air kita ini...kita mesti bersatu demi menjaga tanah air tercinta.....

Isnin, 7 Februari 2011

Hai Hai atau Bye Bye PKR ???

Ramai pengasas dan pimpinan penting Parti Kian Rapuh PKR iaitu Dr Chandara Muzafar,Rahman Osman,Zul Nordin,Zahrain telah melambaikan tangan bye bye kepada Pengasas PKR, sekarang di ikuti pula dengan Ahli Parlimen PKR Padang Serai, Kedah N Gobalakrishnan meninggalkan parti itu pada 29 Januari lalu. Terkini pula Pajudin Nordin mengumumkan perletakakn jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan Sabah dan keluar dari parti dserta berhasrat menyertai Umno.
Kini sudah terbuktilah Parti itu kian rapuh dan akan berkubur tidak lama lagi. Kepincangan dalam parti itu sudah terang lagi bersuluh. Kini tinggallah Anwar dan kroninya sahaja yang menjadi kuda tunggangan DAP dan PAS pula angguk-angguk sahaja...

.

Rabu, 2 Februari 2011

Temubual Khas tentang Isu Allah




Isu ini janganlah kita mengangapnya remeh...perlu kita sedar....ini sangat penting dalam jihad kita nak membela agama ISLAM....